Solat Jumaat
Maksud Solat Jumaat
-Solat 2 rakaat dalam waktu zohor,pada hari Jumaat yang didahului
dengan 2 khutbah dengan syarat-syarat tertentu.
Hukum Solat Jumaat
§ WAJIB bagi setiap lelaki muslim yang cukup syaratnya.
§ Sabda Rasulullah s.a.w.:
عن طارق بن شهاب عن النبي (ص) قال : " الجمعة حق واجب على كل مسلم فى جماعة الا اربعة : عبد مملوك او امراة او صبى او مريض"
(رواه ابو داود )
Bermaksud : Drpd Thorik bin Syihab, Drpd Nabi s.a.w. bersabda:
" Solat Jumaat itu wajib ditunaikan oleh setiap muslim secara berjamaah keculai empat golongan ,iaituhamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit"
Keistimewaan Hari Jumaat
· Penghulu segala hari (saiyidul Ayyam)
· Hari Nabi Adam dijadikan dan diwafatkan
· Hari Nabi Adam dikeluarkan dari syurga
· Hari berlaku kiamat
· Allah memakbulkan doa hamba-hambanya yang beramal soleh
Syarat Wajub & Syarat Sah Solat Jumaat
Syarat-Syarat Wajib
1. Islam - Tidak wajib ke atas orang kafir
2. Baligh - Tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal - Tidak wajib ke atas orang gila , mabuk atau pengsan
4. Lelaki - Tidak wajib ke atas wanita
5. Berkemmapuaan – tidak wajib ke atas orang
uzur / sakit atau ada perkara
menghalang ke masjid
6. Bermukim / bermastautin - tidak wajib bagi orang musafir
7. Merdeka - Tidak wajib ke atas hamba
1. Ditunaikan di tempat khas
2. Ditunaikan dalam waktu zohor
3. Ditunaikan secara berjemaah
4. Cukup bilangan jemaah 40 orang
Hikmah Solat Jumaat
1. Meningkatkan keimanan dan ketqwaan
2. Mengeratkan silaturahim
3. Mengetahui isu-isu semasa mengenai umat islam
4. Membentuk diri beradap dan berdisiplin
Golongan | Maksud | Hukum | Kedudukan sebagai ahli Jumaat (40org) |
Bremastautin |
Orang yang tinggal tetap di suatu tempat
| Wajib | Ahli Jumaat |
Bermukim | Orang yang tinggal di suatu tempat untuk tempoh tertentu sahaja | Wajib | Bukan ahli jumaat |
Musafir | Orang yang dalam perjalanan jauh lebih dari 2 marhalah (90 km) | Tidak wajib |
Bukan ahli jumaat
|